Isu ini agak hangat sejak akhir-akhir ini.
Saya juga merupakan salah seorang pelajar Program Platinum Dr Azizan Osman. Memang Dr Azizan mengajar kita menipu, menipu daripada terus membuat kesalahan kerana tiada ilmu, menipu dengan mengambil jalan pintas mempelajari pengalaman untuk berjaya.
Terkejut betul apabila membaca tajuk di atas.
Semua yang kita pelajari hanya menjadi sia-sia jika kita tidak membuat tindakan. Jadi janganlah percaya apa yang dihadap mata anda, percayalah sesuatu apabila anda sudah mengalaminya.
Jadi gerakkan diri anda untuk menghadiri seminar Dr Azizan Osman agar anda sendiri dapat mengesahkan tajuk berita di atas.
Saturday, 5 October 2013
Friday, 4 October 2013
Anak kebuluran air selama 4 jam.
Assalamualaikum,
Nama saya Mohammad Afzal Alrabah Ayoub. Berumur 32 tahun.
Kepakaran saya ialah membantu tuan puan yang menghidap sakit lelah untuk kekal sihat bertenaga melalui amalan sarang burung yang diperhebatkan dengan rasa buah sejati. Sungguh sejati rasa buahnya sehingga anda terasa bagaikan meminum buah segar yang baru dipetik dari ladang.
Alhamdulillah. Pada hari ini, saya mempunyai 5 buah syarikat, dimana saya merupakan Pengarah, Penasihat Operasi, CEO dan Trainer di syarikat saya ini. Khidmat nasihat kesihatan yang ditawarkan oleh Causar Marketing telah membantu lebih daripada 100 orang penghidap sakit lelah untuk terus menjalani kehidupan mereka tanpa perlu risau mengenai serangan lelah mereka.
Kini saya juga bergiat aktif bersama salah seorang Mentor saya iaitu Abang Abu, Mekanik$, Pakar Kewangan Peribadi No. 1 Asia dalam memberikan kesedaran kepada masyarakat Malaysia mengenai kepentingan ilmu kewangan dalam kehidupan peribadi dan juga perniagaan. Program Garaj Wang ini juga merupakan sumbangan syarikat kami kepada masyarakat di mana syarikat saya bertindak sebagai penaja teknikal pada musim pertama yang telah berlangsung Ogos lepas dan musim kedua yang akan berlangsung pada November ini.
Tapi…Sebelum ini, saya merupakan seorang yang amat pendiam, takut untuk bercakap di hadapan dan seorang yang cukup selesa dengan apa yang saya ada. Saya merupakan seorang Executive yang berjaya di tempat saya bekerja, tetapi sempit dalam tahap kewangan. Belum cukup 60 saat saya menerima gaji saya, hanya tinggal RM8.54 sahaja selepas melangsaikan segala perbelanjaan yang saya gunakan. Bila isteri bercerita mengenai duit, saya mula bermasam muka kerana tidak tahu di mana lagi saya boleh mencari duit.
Bila mula berniaga, duit yang masuk pun ibarat acuh tak acuh kerana kekurangan ilmu berniaga. Modal yang dikeluarkan begitu banyak, tetapi semuanya berakhir dengan kegunaan sendiri. Saya masih ingat lagi, pada satu ketika saya berniaga. Hanya tinggal RM1.50 di dalam dompet saya, dan ketika itulah anak yang sulung saya dahagakan sebotol Air Mineral. Saya tidak mampu menunaikan permintaan anak saya itu kerana duit itulah yang tinggal untuk saya membayar kos tempat letak kereta dan dia terpaksa menahan dahaga sehingga 4 jam sebelum dapat meneguk segelas air kosong.
Saya dan isteri juga pernah ditipu sebanyak RM640 kerana menyangka ada pesanan yang dibuat melalui kedai online kami. Hati kami remuk kerana hasil usaha kami itu senang-senang sahaja diambil orang. Semua ini kerana tiada ilmu dan tiada Mentor untuk menunjukkan jalan perniagaan.
Sehinggalah, saya di “ugut” oleh isteri saya untuk menyertai Seminar Jutawan Industri pada bulan Oktober 2012. Walaupun pernah mendaftar untuk ke seminar Dr Azizan sebelum ini, saya selalu berdalih untuk pergi kerana selesa untuk berehat pada hari Sabtu dan Ahad. Saya kuatkan juga perasaan saya untuk ke Seminar Jutawan Industri kerana cemburu melihat perubahan mendadak pada isteri saya yang telah menyertai Advance Marketing Power (AMP) dan Intensif Mentor Kekayaan & Kejayaan (IMKK). Saya pernah juga memarahinya kerana ingin menyertai Program Platinum yang berharga belas ribu tetapi selepas dibayar oleh isteri saya untuk menyertai Intensif Jutawan Industri (IJI). Barulah saya tahu kenapa beliau mahu menyertai Program Platinum tersebut. Saya bagaikan tersipu-sipu menelefon beliau untuk meminta izin untuk mendaftarkan bersama untuk menyertai Program Platinum.
Ego saya bagaikan di tumbuk-tumbuk ketika menelefon beliau. “Dulu kutuk-kutuk, sekarang meminta pula”, hati saya berkata-kata. Azam untuk memperbaiki kehidupan saya sekeluarga inilah yang telah membantu saya untuk bertanya. Alhamduillah, beliau bersetuju sambil saya terasa senyuman sinis beliau berkata “Kan saying dah bagi tahu dulu”.
Saya memulakan Program Platinum saya dengan Train The Trainer (TTT), program ini telah mengubah saya daripada seorang yang takut menaiki pentas kepada seorang yang gilakan pentas. Satu perkara yang saya amat-amat takuti sejak sekolah dahulu. Ini merupakan satu pengalaman yang amat berharga bagi saya kerana belum pernah program-program, kursus-kursus atau latihan-latihan yang mengubah personaliti saya sehingga menjadi begini. Walaupun masih belum bergelar trainer sepenuh masa, saya telah diberikan kepercayaan untuk mengendalikan salah satu slot program Mentor saya pada bulan September lepas.
Kehidupan saya sekeluarga mula berubah selepas IMKK dan Rahsia Kuasa Minda Jutawan (RKMJ). Kedua-dua program ini mengupas diri saya agar mula mempunyai satu pemikiran yang positif. Program inilah yang membuatkan saya merasai kehangatan jantung saya yang berdegup sehinggakan saya menitiskan air mata kegembiraan dan kesyukuran di atas nikmat yang Allah telah berikan.
Di Retire Young Retire Young Retire Rich (RYRR), saya mempelajari satu rahsia dimana Jutawan-jutawan di seluruh dunia ini menyimpan hanya untuk diri mereka sahaja. Saya amat terkejut dan bersyukur kerana Dr Azizan Osman sanggup membocorkan rahsia ini. Saya mula mempelajari bahawa bekerja keras bukan lagi satu mentaliti yang boleh diguna pakai.
Berdasarkan pengalaman-pengalaman yang berharga ini, saya ingin memesan kepada rakan-rakan di luar sana untuk memberi peluang kepada diri sendiri untuk hadir ke mana-mana Seminar Percuma yang dibiayai oleh salah sebuah syarikat Dr Azizan Osman iaitu Richworks. Saya jamin , rakan-rakan tidak akan rugi apa-apa dengan menghadiri Seminar ini malahan mungkin ia menjadi satu titik tolak perubahan hidup rakan-rakan dalam menuju impian rakan-rakan sekalian.
Sekian, Terima kasih.
“Untuk dunia berubah, kita M.E.S.T.I mula berubah” – Dr Azizan Osman
Mohammad Afzal Alrabah Ayoub
019-2627917
FB: Afzal Alrabah / Causar Energy
mafzalalrabah@blogspot.com
Sunday, 29 September 2013
Lama tidak berblog.
Lama sungguh tidak ber"blog".
Tengah sibuk dengan Garaj Wang Sesi Jelajah Malaysia, lepas tu sibuk dengan Super Highway Wang.
Memang dapat pengalaman terbaik.
Selama ni takut nak jadi MC, terpaksa mencabar diri menjadi. Alhamdulillah, semua peserta menerima.
Bulan November ni, akan pusing satu Malaysia untuk Garaj Wang Musim Baru.
Sudah bersedia?
Jom kita ronda Malaysia.
Tengah sibuk dengan Garaj Wang Sesi Jelajah Malaysia, lepas tu sibuk dengan Super Highway Wang.
Memang dapat pengalaman terbaik.
Selama ni takut nak jadi MC, terpaksa mencabar diri menjadi. Alhamdulillah, semua peserta menerima.
Bulan November ni, akan pusing satu Malaysia untuk Garaj Wang Musim Baru.
Sudah bersedia?
Jom kita ronda Malaysia.
Monday, 5 August 2013
Ilmu...Oh...Ilmu...
Sebelum saya berkongsi cerita ini, ingin saya mengucapkan
kepada para pembaca.
Cerita ini mengisahkan bertapa pentingnya kita meneruskan usaha menuntut ilmu.
Al-kisah Kebun Azhar dan Kebun Amin
Pada suatu hari, Azhar dan Amin menceritakan cita-cita mereka.
Azhar berkata "Ayahku ada kebun sahaja, Bolehkah aku berjaya?"
Amin pula berkat "Ayah aku ada ladang. Pasti aku berjaya?"
Mereka bertemu kembali selepas 15 tahun.
Dimana Azhar datang dengan kejayaan manakal Amin pula masih memiliki ladang di takuk yang sama 15 tahun dulu.
Mereka berbual-bual. Amin bertanya "Azhar, bagaimana kau berjaya mengusahakan kebun yang kecil dulu...Sekarang kau dah ada lebih banyak ladang dan hidup semakin bahagia.
Manakala aku sudah terjual ladang ayahku untuk membayar hutang.
Azhar mula membalas dengan pertanyaan, "Bagaimana engkau usahakan ladang ayahmu dulu?"
Amin bercerita " Aku berusaha bersungguh-sungguh SEORANG DIRI mengusahakan ladang tersebut supaya cepat kaya...24 jam 7 hari seminggu aku kerahkan tenaga aku."
Azhar mencelah " Aku pula, dengan kebun kecil ku, aku BELAJAR dari pakcik aku seorang petani berjaya dengan tanaman yang boleh dapat HASIL CEPAT, kemudian aku BEKERJASAMA dengan orang kampung. Duit hasil tanaman itu, aku MENYIMPAN dengan betul dan aku beli tanah sikit-skit sebagai ASET."
Amin mula terdiam dan menyedari ILMU merupakan PELABURAN yang mendatangkan hasil lebih banyak daripada apa-apa pelaburan yang lain sekiranya kita mempraktikkannya.
"Tiada JALAN PINTAS untuk berjaya tetapi ada LEBUHRAYA untuk dilalui jika mempunyai ilmu"
Semoga cerita ini memberi manfaat kepada anda
Nantikan kejutan daripada saya selepas raya ini.
Saya mendoakan agar anda Selamat Pulang dan Selamat kembali.
Maaf Zahir dan Batin dari saya.
Labels:
Afzal,
Cashflow,
Garaj Wang,
hari raya,
IQ Kewangan,
Jutawan.,
Mekanik$,
Mentor,
motivasi
Friday, 2 August 2013
Khas dari Mentor saya, Abang Abu Mekanik$
Tergempar...tergempar...
Program 90 Hari "Repair Minda Wang Anda"
Program ini dibawa khas oleh Mentor saya, Abang Abu Mekanik$.
Ingin menyertainya?
Teruskan membaca post ini.
PROGRAM KHAS DARI MEKANIK$
Petikan ini di ambil dari abangabu.com
TAWARAN KEDUA
Program 90 hari “REPAIR MINDA WANG ANDA” ini adalah program dimana anda akan menerima email untuk untuk anda lakukan perkara perkara yang akan menjadikan MINDA WANG anda lebih positive yang akan memberikan kesan paling positive dalam menjadikan hal hal kewangan anda lebih mantap dan menjadikan banyak keinginan anda dalam hal kewangan menjadi kenyataan
.
Melihat akan kesungguhan teman-teman facebook saya yang telah email dan inginkan program ini pada harga tawaran sebelum dilancarakan pada 15 Ogos 2013 dengan harga RM199.00.
Jadi dengan sukacita dimaklumkan kepada anda bahawa 50 lagi slot telah dibukan kan untuk ditawarkan sebelum pelancaran tetapi dengan harga RM50 sahaja.
Ini adalah tawaran discount 75% dari harga asal RM199.00
Jadi anda boleh bertindak sekarang dengan mendapatkan
program 90 hari ”REPAIR MINDA WANG ANDA ”
pada harga hanya RM50 sahaja .
Dan
tawaran ini hanya kepada 50 Slot sahaja.
Untuk mendapatkannya anda perlu :
1) Membayar Yuran Penyertaan RM50 ke akaun CIMB - 01040124385523
2) Email ke abangabu@nowasia.sg bukti bayaran bersama nama dan email anda
atau
SMS ke 013-7556195
3) Mendapatkan email confirmation dan anda perlu Klik link yang akan dihantar ke email anda setelah bayaran di buat dan disemak oleh pihak AbangAbu.
4) Sekiranya anda hendak membayar mengikut Paypal. Anda boleh ke link di bawah untuk urusan seterusnya.
Apa tunggu lagi?
Tuesday, 30 July 2013
Formula M.E.S.T.I
Pada post saya sebelum ini saya ada menceritakan mengenai Formula M.E.S.T.I.
Jadi untuk post kali ini saya ingin menyentuh mengenai huruf M.
Di dalam formula M.E.S.T.I ini, huruf M membawa maksud mentor.
Sejak kecil lagi kita telah diperkenalkan dengan Mentor, cuma kita panggil Cikgu, Ustaz atau Ustazah. Mereka telah memikul tanggungjawab yang sangat besar untuk mendidik anak bangsa agar menjadi seseorang yang berpengetahuan.
Ilmu yang telah kita timba untuk telah sedikit sebanyak membentuk diri kita.
Tanpa petunjuk ilmu daripada mereka, kita mungkin tersesat di dalam "puzzle maze" seperti di atas.
TETAPI
Ramai di antara kita mula lupa peranan seorang Mentor dalam membantu kita berjaya di dalam sesuatu bidang. Saya sendiri pada mulanya agak "angkuh" untuk terus menuntut ilmu. Bagi saya segulung ijazah daripada Universiti Awam di Jepun mampu membawa kejayaan saya di dalam kehidupan ini.Anggapan ini mula terkikis apabila saya mula bekerja. Agak sukar bagi seseorang yang muda untuk mengarahkan individu yang lebih berumur daripada dirinya. Setahun pertama bekerja ibarat tahun yang terseksa. Alhamdulillah..satu sifat yang dikurniakan Allah kepada saya membuatkan saya terus berjuang.
Sifat " Jangan Mudah Mengalah"
Sifat inilah yang telah mencetuskan persoalan kepada diri saya.
"Bagaimana aku hendak mengatasi individu yang sudah berpengalaman bekerja selama 20 tahun?"
Ketika ini saya mula mengakui segulung ijazah di alam pekerjaan adalah hanya lesen "P" untuk mula bekerja. Saya mula memerhatikan orang dan mula mengikut jejak langkah orang-orang yang hebat di tempat kerja saya. Pada awalnya, agak segan untuk bertanya tetapi saya gagahkan diri agar mula memecah tembok pengalaman.
Ternyata ia membawa hasil, orang-orang yang berpengalaman bukannya sombong untuk mengajar tetapi terlalu banyak ilmu di dada mereka sehinggakan mereka tidak tahu hendak bermula daripada mana. Mereka mula mencurahkan ilmu selepas saya mula bertanya.
Peribahasa "Segan Bertanya, Sesat Jalan".
Rupanya inilah maksud peribahasa di atas. Lama-kelamaan saya mula memanggil mereka sebagai Mentor saya. Apa-apa permasalahan saya terus merujuk kepada mereka. Mereka pula tidak segan silu untuk mencurah ilmu yang ada.
Adakalanya mereka segan silu apabila saya memanggil mereka Mentor. Bagi saya ilmu yang dicurahkan kepada saya melayakkan mereka menerima panggilan tersebut. Bayangkan pengalaman selama 20 tahun yang mereka tempuhi, dapat saya timba dalam masa 2 tahun.
Walaupun tidak semua pengalaman yang diterima, ia mampu melonjakkan pengalaman saya ke satu tahap yang baru. Satu tahap dimana jika saya ingin menempuhinya seorang diri, ia memerlukan masa 20 tahun atau lebih. Seorang Mentor akan mengajar apa yang perlu dibuat, apa yang perlu ditinggalkan kepada menteenya.
Mentor...Mentor...Mentor...
Pemahaman saya mengenai erti kata "Mentor" ini bertambah apabila saya mula menyertai Seminar oleh Dr Azizan Osman. Beliau mengatakan Mentor merupakan jalan short cut untuk kita berjaya. Memang tidak dapat saya nafikan, kerana selama ini jalan short cut yang saya ambil ialah Mentor.
Dan
Kita semua mempunyai seorang Mentor yang dikenali seluruh dunia. Seorang Mentor yang menunjukkan cara kehidupan yang diredhai Allah iaitu Junjungan kita Rasulullah saw.
Ingin saya bertanya kepada para pembaca,
"Siapakah Mentor anda?"
Saya sendiri mempunyai ramai Mentor kerana setiap Mentor saya mempunyai kepakaran dalam bidang yang berlainan. Saya juga sarankan para pambaca mula mencari Mentor dalam setiap bidang yang akan para pembaca ceburi.
Apa yang mengerakkan hati saya agar mencari lebih ramai Mentor?
Secara jujurnya, saya sendiri tidak pasti titik tolak yang sebenarnya yang membuatkan saya mula melangkah mencari Mentor di luar bidang kerjaya saya. Sebelum ini saya merasakan kerjaya saya cukup selamat dan cukup bagus untuk menampung kehidupan saya.
Sehinggalah saya tercabar apabila melihat isteri saya mula berubah apabila menyertai Seminar Intensif Mentor Kejayaan dan Kekayaan. Mungkin inilah yang menyebabkan saya mula mencari Mentor untuk ilmu kehidupan.
Sebuah buku "WHO MOVED MY CHEESE?" karya Spencer Johnson, juga menyentuh perasaan saya. Adakah saya hendak kekal selesa tetapi risau dengan perubahan yang mendatang atau mula bersedia menghadapi segala ombak-ombak kehidupan yang bergelora?
Saya sarankan para pembaca untuk membaca buku ini, kerana ia pasti membuka minda para pembaca untuk menghadapi perubahan yang muncul.
Saya berharap kisah yang saya kongsikan ini dapat memberi sedikit pencerahan kepada para pembaca mengenai kepentingan kita mempunyai Mentor.
Nantikan post saya untuk perkongsian saya mengenai huruf E di dalam Formula M.E.S.T.I
Sunday, 21 July 2013
Al-kisah lobak merah, telur dan biji kopi
Cerita ini saya terima daripada seorang rakan. Sangat bermakna dan adalah rugi bagi saya jika tidak dikongsi bersama.
Jom Baca
Jamil datang ke rumah ustaz Ibrahim menceritakan bagaimana hidupnya diuji dengan penuh kesusahan.
Jamil berkata beliau tidak mampu menghadapinya lagi dan ingin berputus asa. Jamil memberitahu ustaz Ibrahim beliau teramat letih untuk meneruskan perjuangan dan berlawan… setelah satu masalah selesai, satu masalah baru pula timbul.Ustaz Ibrahim hanya mendengar dan tidak berkata apa-apa. Beliau menyuruh Jamil mengikutnya ke dapur.
Jamil pun mengikut tanya bertanya. Ustaz Ibrahim mengisi air di dalam tiga periuk kecil dan mendidih ketiga-tiganya serentak.
Semasa air mendidih, Ustaz Ibrahim memasukkan lobak merah ke periuk pertama, telur ke periuk kedua dan biji kopi ke periuk ketiga.
Jamil bertanya, “Apa yang ustaz buat? Nak masak apa tu?”Ustaz Ibrahim tidak berkata apa-apa dan membiarkan air mendidih selama 20 minit. Setelah 20 minit, Ustaz Ibrahim mengeluarkan lobak merah, telur dan biji kopi ke dalam sebuah mangkuk.“Jamil, apa yang enta nampak?”“Lobak merah, telur dan kopi,” jawab Jamil.
Ustaz Ibrahim menyuruh Jamil untuk menyentuh lobak merah tersebut. Jamil terasa lembut. Kemudian Ustaz Ibrahim menyuruh Jamil untuk memecahkan telur tersebut. Selepas mengupas kulitnya, Jamil dapat satu telur masak penuh. Kemudian, Ustaz Jamil menyuruh Jamil mencuba air kopi di periuk ketiga. Jamil berasa rasanya penuh aroma kopi.
“Ustaz, apa maksud semua ini?” Jamil bertanya.“Setiap benda ini (lobak merah, telur dan biji kopi) telah melalui kesusahan yang sama, iaitu air mendidih. Tapi setiap satunya memberikan reaksi berlainan.
Lobak merah masuk dalam keadaan keras, kuat dan kasar. Akan tetapi setelah melalui ujian air mendidih ia keluar lembik dan lemah.
Telur masuk dalam keadaan rapuh dan mudah pecah. Dalam cecair yang hanya dilindungi satu kulit yang nipis… akan tetapi setelah melalui ujian air didih, ia bertukar menjadi keras.
Bagi bijih kopi pula… ini lebih menarik. Semasa mereka dalam air mendidih, mereka menukar seluruh air mendidih kepada air kopi yang wangi aroma seperti yang diminum Jamil tadi,” terang Ustaz Ibrahim sambil tersenyum.
Mata Jamil seolah-olah terpukau dengan penjelasan Ustaz Ibrahim.
“Jadi, Jamil adalah yang mana satu? Bila kesusahan melanda, bagaimana Jamil menghadapinya? Lobak merah, telur ataupun biji kopi?” tanya Ustaz Ibrahim kepada Jamil yang tersentak dengan persoalan itu.
Semasa ujian Allah datang mengetuk pintu anda, bagaimana anda harus menghadapinya?
Adakah anda seperti lobak merah yang nampak kuat, tapi dengan kesusahan, anda bertukar menjadi lembik dan hilang segala kekuatan anda?
Ataupun anda seperti telur dengan hati yang bagaikan cecair yang mudah dipengaruhi haba dan setelah melalui musibah, luaran anda nampak tidak berubah, akan tetapi hati anda menjadi keras dan tidak gembira dan tidak beransur.
Ataupun anda ialah biji kopi, makin didih, anda mengubah keadaan situasi anda sehingga keadaan itu mengeluarkan bau aroma yang menakjubkan.
Jadi siapakah anda?
Ingat, Allah tidak akan menguji seseorang melebihi kemampuannya. Apabila menghadapi kesusahan, ingatlah Allah sedang menguji anda, dan anda seharusnya bertindak seperti biji kopi, bertambah baik dan mengubah keadaan sekeliling anda kepada perkara positif.
Masa paling sukar adalah masa terbaik untuk meningkatkan diri ke tahap yang lain.
Subscribe to:
Posts (Atom)





