Friday, 4 October 2013

Anak kebuluran air selama 4 jam.



Assalamualaikum,

Nama saya Mohammad Afzal Alrabah Ayoub. Berumur 32 tahun.
Kepakaran saya ialah membantu tuan puan yang menghidap sakit lelah untuk kekal sihat bertenaga melalui amalan sarang burung yang diperhebatkan dengan rasa buah sejati. Sungguh sejati rasa buahnya sehingga anda terasa bagaikan meminum buah segar yang baru dipetik dari ladang.

Alhamdulillah. Pada hari ini, saya mempunyai 5 buah syarikat, dimana saya merupakan Pengarah, Penasihat Operasi, CEO dan Trainer di syarikat saya ini. Khidmat nasihat kesihatan yang ditawarkan oleh Causar Marketing telah membantu lebih daripada 100 orang penghidap sakit lelah untuk terus menjalani kehidupan mereka tanpa perlu risau mengenai serangan lelah mereka.

Kini saya juga bergiat aktif bersama salah seorang Mentor saya iaitu Abang Abu, Mekanik$, Pakar Kewangan Peribadi No. 1 Asia dalam memberikan kesedaran kepada masyarakat Malaysia mengenai kepentingan ilmu kewangan dalam kehidupan peribadi dan juga perniagaan. Program Garaj Wang ini juga merupakan sumbangan syarikat kami kepada masyarakat di mana syarikat saya bertindak sebagai penaja teknikal pada musim pertama yang telah berlangsung Ogos lepas dan musim kedua yang akan berlangsung pada November ini.

Tapi…Sebelum ini, saya merupakan seorang yang amat pendiam, takut untuk bercakap di hadapan dan seorang yang cukup selesa dengan apa yang saya ada. Saya merupakan seorang Executive yang berjaya di tempat saya bekerja, tetapi sempit dalam tahap kewangan. Belum cukup 60 saat saya menerima gaji saya, hanya tinggal RM8.54 sahaja selepas melangsaikan segala perbelanjaan yang saya gunakan. Bila isteri bercerita mengenai duit, saya mula bermasam muka kerana tidak tahu di mana lagi saya boleh mencari duit.

Bila mula berniaga, duit yang masuk pun ibarat acuh tak acuh kerana kekurangan ilmu berniaga. Modal yang dikeluarkan begitu banyak, tetapi semuanya berakhir dengan kegunaan sendiri. Saya masih ingat lagi, pada satu ketika saya berniaga. Hanya tinggal RM1.50 di dalam dompet saya, dan ketika itulah anak yang sulung saya dahagakan sebotol Air Mineral. Saya tidak mampu menunaikan permintaan anak saya itu kerana duit itulah yang tinggal untuk saya membayar kos tempat letak kereta dan dia terpaksa menahan dahaga sehingga 4 jam sebelum dapat meneguk segelas air kosong.

Saya dan isteri juga pernah ditipu sebanyak RM640 kerana menyangka ada pesanan yang dibuat melalui kedai online kami. Hati kami remuk kerana hasil usaha kami itu senang-senang sahaja diambil orang. Semua ini kerana tiada ilmu dan tiada Mentor untuk menunjukkan jalan perniagaan.

Sehinggalah, saya di “ugut” oleh isteri saya untuk menyertai Seminar Jutawan Industri pada bulan Oktober 2012. Walaupun pernah mendaftar untuk ke seminar Dr Azizan sebelum ini, saya selalu berdalih untuk pergi kerana selesa untuk berehat pada hari Sabtu dan Ahad. Saya kuatkan juga perasaan saya untuk ke Seminar Jutawan Industri kerana cemburu melihat perubahan mendadak pada isteri saya yang telah menyertai Advance Marketing Power (AMP) dan Intensif Mentor Kekayaan & Kejayaan (IMKK). Saya pernah juga memarahinya kerana ingin menyertai Program Platinum yang berharga belas ribu tetapi selepas dibayar oleh isteri saya untuk menyertai Intensif Jutawan Industri (IJI). Barulah saya tahu kenapa beliau mahu menyertai Program Platinum tersebut. Saya bagaikan tersipu-sipu menelefon beliau untuk meminta izin untuk mendaftarkan bersama untuk menyertai Program Platinum.

Ego saya bagaikan di tumbuk-tumbuk ketika menelefon beliau. “Dulu kutuk-kutuk, sekarang meminta pula”, hati saya berkata-kata. Azam untuk memperbaiki kehidupan saya sekeluarga inilah yang telah membantu saya untuk bertanya. Alhamduillah, beliau bersetuju sambil saya terasa senyuman sinis beliau berkata “Kan saying dah bagi tahu dulu”.

Saya memulakan Program Platinum saya dengan Train The Trainer (TTT), program ini telah mengubah saya daripada seorang yang takut menaiki pentas kepada seorang yang gilakan pentas. Satu perkara yang saya amat-amat takuti sejak sekolah dahulu. Ini merupakan satu pengalaman yang amat berharga bagi saya kerana belum pernah program-program, kursus-kursus atau latihan-latihan yang mengubah personaliti saya sehingga menjadi begini.  Walaupun masih belum bergelar trainer sepenuh masa, saya telah diberikan kepercayaan untuk mengendalikan salah satu slot program Mentor saya pada bulan September lepas.

Kehidupan saya sekeluarga mula berubah selepas IMKK dan Rahsia Kuasa Minda Jutawan (RKMJ). Kedua-dua program ini mengupas diri saya agar mula mempunyai satu pemikiran yang positif. Program inilah yang membuatkan saya merasai kehangatan jantung saya yang berdegup sehinggakan saya menitiskan air mata kegembiraan dan kesyukuran di atas nikmat yang Allah telah berikan.

Di Retire Young Retire Young Retire Rich (RYRR), saya mempelajari satu rahsia dimana Jutawan-jutawan di seluruh dunia ini menyimpan hanya untuk diri mereka sahaja. Saya amat terkejut dan bersyukur kerana Dr Azizan Osman sanggup membocorkan rahsia ini. Saya mula mempelajari  bahawa bekerja keras bukan lagi satu mentaliti yang boleh diguna pakai.

Berdasarkan pengalaman-pengalaman yang berharga ini, saya ingin memesan kepada rakan-rakan di luar sana untuk memberi peluang kepada diri sendiri untuk hadir ke mana-mana Seminar Percuma yang dibiayai oleh salah sebuah syarikat Dr Azizan Osman iaitu Richworks. Saya jamin , rakan-rakan tidak akan rugi apa-apa dengan menghadiri Seminar ini malahan mungkin ia menjadi satu titik tolak perubahan hidup rakan-rakan dalam menuju impian rakan-rakan sekalian.

Sekian, Terima kasih.

“Untuk dunia berubah, kita M.E.S.T.I mula berubah” – Dr Azizan Osman

Mohammad Afzal Alrabah Ayoub
019-2627917
FB: Afzal Alrabah / Causar Energy
mafzalalrabah@blogspot.com

No comments:

Post a Comment