Tuesday, 30 July 2013

Formula M.E.S.T.I

Pada post saya sebelum ini saya ada menceritakan mengenai Formula M.E.S.T.I.


Jadi untuk post kali ini saya ingin menyentuh mengenai huruf M.


Di dalam formula M.E.S.T.I ini, huruf M membawa maksud mentor.

Sejak kecil lagi kita telah diperkenalkan dengan Mentor, cuma kita panggil Cikgu, Ustaz atau Ustazah. Mereka telah memikul tanggungjawab yang sangat besar untuk mendidik anak bangsa agar menjadi seseorang yang berpengetahuan.

Ilmu yang telah kita timba untuk telah sedikit sebanyak membentuk diri kita.

Tanpa petunjuk ilmu daripada mereka, kita mungkin tersesat di dalam "puzzle maze" seperti di atas.

TETAPI

Ramai di antara kita mula lupa peranan seorang Mentor dalam membantu kita berjaya di dalam sesuatu bidang. Saya sendiri pada mulanya agak "angkuh" untuk terus menuntut ilmu. Bagi saya segulung ijazah daripada Universiti Awam di Jepun mampu membawa kejayaan saya di dalam kehidupan ini.

Anggapan ini mula terkikis apabila saya mula bekerja. Agak sukar bagi seseorang yang muda untuk mengarahkan individu yang lebih berumur daripada dirinya. Setahun pertama bekerja ibarat tahun yang terseksa. Alhamdulillah..satu sifat yang dikurniakan Allah kepada saya membuatkan saya terus berjuang.


Sifat " Jangan Mudah Mengalah"


Sifat inilah yang telah mencetuskan persoalan kepada diri saya.


"Bagaimana aku hendak mengatasi individu yang sudah berpengalaman bekerja selama 20 tahun?"



Ketika ini saya mula mengakui segulung ijazah di alam pekerjaan adalah hanya lesen "P" untuk mula bekerja. Saya mula memerhatikan orang dan mula mengikut jejak langkah orang-orang yang hebat di tempat kerja saya. Pada awalnya, agak segan untuk bertanya tetapi saya gagahkan diri agar mula memecah tembok pengalaman.

Ternyata ia membawa hasil, orang-orang yang berpengalaman bukannya sombong untuk mengajar tetapi terlalu banyak ilmu di dada mereka sehinggakan mereka tidak tahu hendak bermula daripada mana. Mereka mula mencurahkan ilmu selepas saya mula bertanya.


Peribahasa "Segan Bertanya, Sesat Jalan".


Rupanya inilah maksud peribahasa di atas. Lama-kelamaan saya mula memanggil mereka sebagai Mentor saya. Apa-apa permasalahan saya terus merujuk kepada mereka. Mereka pula tidak segan silu untuk mencurah ilmu yang ada.

Adakalanya mereka segan silu apabila saya memanggil mereka Mentor. Bagi saya ilmu yang dicurahkan kepada saya melayakkan mereka menerima panggilan tersebut. Bayangkan pengalaman selama 20 tahun yang mereka tempuhi, dapat saya timba dalam masa 2 tahun.

Walaupun tidak semua pengalaman yang diterima, ia mampu melonjakkan pengalaman saya ke satu tahap yang baru. Satu tahap dimana jika saya ingin menempuhinya seorang diri, ia memerlukan masa 20 tahun atau lebih. Seorang Mentor akan mengajar apa yang perlu dibuat, apa yang perlu ditinggalkan kepada menteenya.


Mentor...Mentor...Mentor...

Pemahaman saya mengenai erti kata "Mentor" ini bertambah apabila saya mula menyertai Seminar oleh Dr Azizan Osman. Beliau mengatakan Mentor merupakan jalan short cut untuk kita berjaya. Memang tidak dapat saya nafikan, kerana selama ini jalan short cut yang saya ambil ialah Mentor.

Dan

Kita semua mempunyai seorang Mentor yang dikenali seluruh dunia. Seorang Mentor yang menunjukkan cara kehidupan yang diredhai Allah iaitu Junjungan kita Rasulullah saw.


Ingin saya bertanya kepada para pembaca,

"Siapakah Mentor anda?"


Saya sendiri mempunyai ramai Mentor kerana setiap Mentor saya mempunyai kepakaran dalam bidang yang berlainan. Saya juga sarankan para pambaca mula mencari Mentor dalam setiap bidang yang akan para pembaca ceburi.


Apa yang mengerakkan hati saya agar mencari lebih ramai Mentor?


Secara jujurnya, saya sendiri tidak pasti titik tolak yang sebenarnya yang membuatkan saya mula melangkah mencari Mentor di luar bidang kerjaya saya. Sebelum ini saya merasakan kerjaya saya cukup selamat dan cukup bagus untuk menampung kehidupan saya.

Sehinggalah saya tercabar apabila melihat isteri saya mula berubah apabila menyertai Seminar Intensif Mentor Kejayaan dan Kekayaan. Mungkin inilah yang menyebabkan saya mula mencari Mentor untuk ilmu kehidupan.

Sebuah buku "WHO MOVED MY CHEESE?" karya Spencer Johnson, juga menyentuh perasaan saya. Adakah saya hendak kekal selesa tetapi risau dengan perubahan yang mendatang atau mula bersedia menghadapi segala ombak-ombak kehidupan yang bergelora?

Saya sarankan para pembaca untuk membaca buku ini, kerana ia pasti membuka minda para pembaca untuk menghadapi perubahan yang muncul. 



Saya berharap kisah yang saya kongsikan ini dapat memberi sedikit pencerahan kepada para pembaca mengenai kepentingan kita mempunyai Mentor.

Nantikan post saya untuk perkongsian saya mengenai huruf E di dalam Formula M.E.S.T.I


Sunday, 21 July 2013

Al-kisah lobak merah, telur dan biji kopi

Cerita ini saya terima daripada seorang rakan. Sangat bermakna dan adalah rugi bagi saya jika tidak dikongsi bersama.

Jom Baca


Jamil datang ke rumah ustaz Ibrahim menceritakan bagaimana hidupnya diuji dengan penuh kesusahan. 

Jamil berkata beliau tidak mampu menghadapinya lagi dan ingin berputus asa. Jamil memberitahu ustaz Ibrahim beliau teramat letih untuk meneruskan perjuangan dan berlawan… setelah satu masalah selesai, satu masalah baru pula timbul.Ustaz Ibrahim hanya mendengar dan tidak berkata apa-apa. Beliau menyuruh Jamil mengikutnya ke dapur.

Jamil pun mengikut tanya bertanya. Ustaz Ibrahim mengisi air di dalam tiga periuk kecil dan mendidih ketiga-tiganya serentak.

Semasa air mendidih, Ustaz Ibrahim memasukkan lobak merah ke periuk pertama, telur ke periuk kedua dan biji kopi ke periuk ketiga.

Jamil bertanya, “Apa yang ustaz buat? Nak masak apa tu?”Ustaz Ibrahim tidak berkata apa-apa dan membiarkan air mendidih selama 20 minit. Setelah 20 minit, Ustaz Ibrahim mengeluarkan lobak merah, telur dan biji kopi ke dalam sebuah mangkuk.“Jamil, apa yang enta nampak?”“Lobak merah, telur dan kopi,” jawab Jamil.




Ustaz Ibrahim menyuruh Jamil untuk menyentuh lobak merah tersebut. Jamil terasa lembut. Kemudian Ustaz Ibrahim menyuruh Jamil untuk memecahkan telur tersebut. Selepas mengupas kulitnya, Jamil dapat satu telur masak penuh. Kemudian, Ustaz Jamil menyuruh Jamil mencuba air kopi di periuk ketiga. Jamil berasa rasanya penuh aroma kopi.

“Ustaz, apa maksud semua ini?” Jamil bertanya.“Setiap benda ini (lobak merah, telur dan biji kopi) telah melalui kesusahan yang sama, iaitu air mendidih. Tapi setiap satunya memberikan reaksi berlainan.

Lobak merah masuk dalam keadaan keras, kuat dan kasar. Akan tetapi setelah melalui ujian air mendidih ia keluar lembik dan lemah.

Telur masuk dalam keadaan rapuh dan mudah pecah. Dalam cecair yang hanya dilindungi satu kulit yang nipis… akan tetapi setelah melalui ujian air didih, ia bertukar menjadi keras.

Bagi bijih kopi pula… ini lebih menarik. Semasa mereka dalam air mendidih, mereka menukar seluruh air mendidih kepada air kopi yang wangi aroma seperti yang diminum Jamil tadi,” terang Ustaz Ibrahim sambil tersenyum.

Mata Jamil seolah-olah terpukau dengan penjelasan Ustaz Ibrahim.

“Jadi, Jamil adalah yang mana satu? Bila kesusahan melanda, bagaimana Jamil menghadapinya? Lobak merah, telur ataupun biji kopi?” tanya Ustaz Ibrahim kepada Jamil yang tersentak dengan persoalan itu.

Semasa ujian Allah datang mengetuk pintu anda, bagaimana anda harus menghadapinya?

Adakah anda seperti lobak merah yang nampak kuat, tapi dengan kesusahan, anda bertukar menjadi lembik dan hilang segala kekuatan anda?

Ataupun anda seperti telur dengan hati yang bagaikan cecair yang mudah dipengaruhi haba dan setelah melalui musibah, luaran anda nampak tidak berubah, akan tetapi hati anda menjadi keras dan tidak gembira dan tidak beransur.

Ataupun anda ialah biji kopi, makin didih, anda mengubah keadaan situasi anda sehingga keadaan itu mengeluarkan bau aroma yang menakjubkan.


Jadi siapakah anda?


Ingat, Allah tidak akan menguji seseorang melebihi kemampuannya. Apabila menghadapi kesusahan, ingatlah Allah sedang menguji anda, dan anda seharusnya bertindak seperti biji kopi, bertambah baik dan mengubah keadaan sekeliling anda kepada perkara positif.

Masa paling sukar adalah masa terbaik untuk meningkatkan diri ke tahap yang lain.

Thursday, 18 July 2013

"C" Student vs "B" Student vs "A" Student

 

Semua orang kenal dengan Warren Buffet, seorang BILLIONAIRE dalam beberapa bidang terutamanya hartanah. Buat masa ini, Warren Buffet masih kekal bergelar "The Greatest Investor".


Beliau adalah seorang ENTREPRENEUR dan seorang CAPITALIST. Tetapi beliau bukan seorang Managerial Capitalist.

Mengapa? 


Sebab Managerial Capitalist mempunyai tanggungjawab ke atas tugas/kerja yang diamanahkan dan tidak mempunyai sebarang risiko dalam kewangan peribadi. Mereka mempunyai pendapatan yang 'secure' kewangan peribadi mereka.

Managerial Capitalist juga bukan seorang usahawan kerana mereka tidak memilik bisnes dan tidak memulakan sesuatu bisnes.

Warren Buffet menyifatkan Managerial Capitalist ini serta Pengurus Kewangan Korporat sebagai "A" Student yang lahir dari sekolah atau institusi pendidikan yang hebat.

Selain itu, sebahagian besar pelajar lain yang keluar dari sekolah dikira sebagai "B" Student. Mereka ini adalah pelajar yang diajar oleh "A" Student yang merupakan pelajar yang menyambung pengajian dan menjawat jawatan Guru/Pensyarah.

Robert Kiyosaki berpendapat yang "B" Student ini akan mungkin memilih menjadi Birokrat.

Siapakah golongan Birokrat ini?


Robert berpendapat yang dunia sekarang ditadbir oleh golongan Birokrat ini yang dahulu adalah "B" Student. Mereka ini akan menjawat jawatan yang tinggi dan mempunyai kuasa seperti CEO, President, Sales Manager or Government Officer dan mereka ini tidak mempunyai sebarang risiko besar dalam kewangan peribadi. 


Golongan Birokrat ini berpotensi hilang wang mereka dengan banyak, tetapi mereka tidak hilang pendapatan mereka kerana pendapatan mereka tetap akan dibayar sama ada mereka membuat kerja atau tidak. Ahli politik juga dikategori sebagai "B" Student.

Ada sesetengah "B" Student/Birokrat ini merupakan "A" Student yang dahulu bekerja dalam bidang pendidikan/akademik kemudian dilantik mengemudi organisasi/syarikat besar sebagai President/CEO. Tetapi bagaimana tahap prestasi organisasi/syarikat besar setelah diterajui oleh "B" Student yang dahulu juga sebagai "A" Student?

Robert membuat kesimpulan seorang CAPITALIST dan ENTREPRENUER yang sebenar tahu macam mana nak tukar $1 menjadi $100, tetapi golongan Birokrat ("B" Student) ini bila diberi $1 mereka akan menghabiskan/membelanjakan $100 dan lebih.

Sebab itu, sesetengah organisasi/syarikat besar yang diterajui oleh "B" Student ini mempunyai masalah kewangan yang kritikal dan ada sebahagiannya gulung tikar.

Berjuta manusia hari ini percaya dan bergantung kepada "B" Student untuk memimpin mereka sama ada sebuah negara (pemimpin politik) atau sebuah organisasi/syarikat besar (CEO/President) dimana mereka ini diajar oleh Guru/Pensyarah yang "A" Student. Golongan Birokrat ("B" Student) ini lebih mementing kewangan peribadi mereka berbanding dengan kewangan manusia lain.

Atas alasan itu, Robert mencadangkan supaya semua kita ini menjadi "C" Student iaitu CAPITALIST, seperti Warren Buffet. 

Sama ada kita melabur atau memulakan bisnes, kita dapat kawal wang dan persaraan kita daripada bergantung kepada orang lain yang mempunyai kepentingan peribadi.


Jadi kita semua kena belajar bagaimana untuk wang bekerja untuk kita, bukan yang lain.

Monday, 15 July 2013

Ramai yang nak melabur TETAPI tiada persediaan.

Pelaburan merupakan satu cara mengandakan duit. Ramai yang sudah memulakan langkah melabur tetapi lupa akan pertahanan kewangan.

Setiap pelaburan ada risikonya. Ada yang rendah, ada yang sederhana, ada yang tinggi. Lagi tinggi risikonya, lagi banyaklah duit yang masuk.

Pelaburan ibaratkan bermain bola sepak. Team yang bagus mempunyai pertahanan dan serangan yang seimbang.

Walaupun serangan yang bagus, dengan pertahanan yang lemah, pasti team itu akan kalah.

Mentor saya Abang Abu Mekanik$ menasihatkan kita mesti mempunyai sekurang-kurangnya tabungan yang berjumlah 3 bulan perbelanjaan.

Anda sudah?

JIKA BELUM, masih ada peluang untuk anda mulakan.

Setakat yang saya tahu, ada satu pelaburan yang tidak akan rugi.

Ia merupakan pelaburan Ilmu.

Teruskan usaha anda menambah ilmu pengetahuan anda.

Friday, 12 July 2013

Jutawan pun main CASHFLOW

Di Amerika, mereka siap ada kelab CASHFLOW untuk membolehkan mereka bermain bersama. Tetapi mereka bermain tu, bukan saja-saja main. Mereka sedang melatih minda mereka agar terus mencari peluang baru.

CASHFLOW game board ciptaan Robert Kiyosaki merupakan satu tools yang direka khas bagi membolehkan kita mencuba sesuatu yang berisiko tinggi dengan tanpa risiko.

Di dalam CD audio CASHFLOW, beliau menyarankan agar kita mencuba sesuatu yang luar biasa, perkara yang kita takut lakukan ketika kehidupan harian.

Ini kerana CASHFLOW 101 merupakan enviroment yang selamat untuk mencuba perkara yang berkaitan wang. Di dalam sesi ini, kita tidak akan rugi apa-apa malahan mendapat pengalaman berharga walaupun tindakan kita itu memang mampu merungsingkan kepala otak kita sehingga akhir hayat, jika kita lakukan di dunia luar sana.

Saya juga mencuba pelbagai strategi ketika bermain CASHFLOW 101 agar dapat melatih otak saya untuk lebih bersedia menghadapi segala perubahan yang mendatang. Ini kerana apabila kita taksub dengan satu strategi sahaja, ia boleh membuatkan kita hilang arah apabila berlaku perubahan dimana strategi tersebut tidak berkesan.

Adakalanya saya tertunggu-tunggu bila saya boleh bermain lagi kerana disitulah saya boleh mencuba strategi-strategi baru yang telah saya pelajari.

Apa kata kita tubuhkan sebuah kelab CASHFLOW 101 agar kita semua sentiasa dapat mencuba perkara-perkara yang kita pelajari tentang pelaburan tanpa sebarang risiko.

Ada yang berminat?

Wednesday, 10 July 2013

Petikan Mengenai CASHFLOW 101 daripada Wikipedia

Cashflow 101


From Wikipedia, the free encyclopedia



Cashflow 101 is an educational tool in board game format designed by Robert Kiyosaki
 (author of Rich Dad, Poor Dad),  which aims to teach the players concepts of investing by 
having their money work for them in a risk free setting (play money) while simultaneously 
increasing their financial literacy and stressing the imperative nature of accountability.

There are two stages to the game. In the first, "the rat race", the player aims to raise his or her 
character's passive income level to where it exceeds the character's expenses
The winner is determined in the second stage, "the fast track".

 To win, a player must get his or her character to buy their "dream" or accumulate an 
additional $50,000 in monthly cash flowIn place of “score cards”, there are financial statements.

 The game requires the players to fill out their own financial statements so that they can see 
more clearly what is happening with their money. It generally shows how assets generate income
 and demonstrates that liabilities and 'doodads' are expenses.

Kini CASHFLOW 101 berada di dalam versi Bahasa Melayu.


Ingin mencubanya?

Kami akan menjelajah Malaysia selepas Hari Raya ini untuk memberi peluang kepada semua 
rakyat Malaysia untuk mempertingkatkan IQ Kewangan anda.

Hubungi afzal.alrabah@gmail.com untuk maklumat lanjut.  

Monday, 8 July 2013

Salam Ramadhan


Salam Ramadhan dari Coach Afzal sekeluarga,

Semoga Ramadhan tahun ini menjadi lebih baik daripada tahun lepas.

Coach Afzal

Friday, 5 July 2013

Keju...Oh...Keju...

Keju...Oh...Keju...

Untuk mendapatkan keju yang sedap dan berkualiti tinggi, pembuat keju memeram keju mereka sehingga setahun.

Ia ibarat impian kita, ada kalanya ia memerlukan berpuluh-puluh tahun untuk mencapainya.

Yang penting kita tidak mengalah dalam usaha kita.

Ada formula yang saya pelajari daripada salah seoramg mentor saya, Dr Azizan Osman.

Formula beliau panggil M.E.S.T.I

Ingin tahu lebih lanjut?

Ikuti post saya akan datang...

Monday, 1 July 2013

Pernahkah anda pergi ke Seminar dan Speaker beri modal untuk berniaga?

Rasanya mesti belum....


Tapi saya sudah!

Pelik?


Ada satu seminar yang telah saya pergi dan diberi modal untuk berniaga.

Memang cukup mencabar pada mulanya, tetapi sekarang tak sabar-sabar nak tunggu peluang berniaga.


Bagaimana saya boleh terjebak?


Semuanya bermula apabila saya menyertai Sesi CASHFLOW bersama Mekanik$. Ia merupakan satu sesi yang membuka minda saya bagaimana hendak membuat duit dengan pelbagai cara. Akan tetapi hati kecil saya berkata, macam mana nak mula niaga tanpa modal?

Bila Abang Abu cakap, "Engkau jangan risau, satu-satu seminar di Asia yang bagi peserta modal ialah Seminar Abang Abu". Terbeliak mata kejap mendengar kata-kata tu. "Kaya betul Abang "Bangla" sorang ni, boleh bagi aku modal berniaga." hatiku mula berteka-teki.

"Hah...nak dapat modal tu, kena la sertai Advance Wang Power" kata Abang Abu. Diriku mula mencongak segala simpanan yang aku ada. Akan ku cari segala ikhtiar yang ada. Masa tu kepala dah ligat semacam.

Kalau bayar awal, bayar RM2500 jer. Kalau lambat daftar, aku kena bayar RM10,000 tu. Masa tu ada sebulan lagi dari tarikh seminar tu. Cuma Abang Abu pesan, sekiranya kita betul-betul mahukan sesuatu. Kita mesti betul-betul rasakan yang kita sudah mencapainya.

Selepas habis sesi tu, sempat aku bergambar mengambil aura Abang Abu. Gambar tu ada kat atas. Sungguh hensem kami berdua...Hehehe...Jangan lagi nak puji diri, kalau bukan diri sendiri. Lepas bergambar tu, terus aku balik ke rumah sambil memikirkan apa yang perlu aku buat.

Jadi mulalah aku berangan-angan dah masuk kelas Abang Abu. Tiap-tiap hari tengok post Abang Abu dengan harapan aku masuk kelas dia. Senang kata celik jer mata, tengok Fb Abang Abu. Sebelum pejam jer, tengok lagi Fb Abang Abu. Sampaikan isteriku, berkata pergilah daftar kursus tu. In sha Allah ada peluangnya. Fuh...Positif betul isteriku...mentang-mentang dah join IMKK.

Nak tahu apa itu IMKK? Tunggu yer...Sebenarnya IMKK le, punca aku terjebak dengan segala ni. Kisah ni kita cerita di lain post.

Semakin hari semakin suspens, sebab duit yang dicari masih belum mencukupi. Pergi, tak pergi...Makin dekat, makin risau jadinya. Tetapi Fb Abang Abu tetap aku tengok tiap-tiap hari. Kali ini isteriku bersuara lagi, "Asyik-asyik tengok Fb tu, asyik-asyik tengok Fb tu. Meh daftarkan sayang sekali."

Alamak seronok pula isteri tercinta nak ikut, tapi duit nya belum cukup. Sekali lagi aku buka www.abangabu.com, tak disangka-sangka pergi berdua dapat diskaun pula. Untung...untung...tetapi kira-kira balik, masih tak cukup.

Kembali ke petak satu...macam main snake & ladder, kena tempat kepala ular. Cuma kali ini, kami berdua sama-sama mencari jalan.

Kita stop disini dulu yer...Nak bagi suspens macam mana kami dapat pergi pula.