Sunday, 29 September 2013
Lama tidak berblog.
Tengah sibuk dengan Garaj Wang Sesi Jelajah Malaysia, lepas tu sibuk dengan Super Highway Wang.
Memang dapat pengalaman terbaik.
Selama ni takut nak jadi MC, terpaksa mencabar diri menjadi. Alhamdulillah, semua peserta menerima.
Bulan November ni, akan pusing satu Malaysia untuk Garaj Wang Musim Baru.
Sudah bersedia?
Jom kita ronda Malaysia.
Monday, 5 August 2013
Ilmu...Oh...Ilmu...
Friday, 2 August 2013
Khas dari Mentor saya, Abang Abu Mekanik$
Program 90 Hari "Repair Minda Wang Anda"
PROGRAM KHAS DARI MEKANIK$
TAWARAN KEDUA
pada harga hanya RM50 sahaja .
tawaran ini hanya kepada 50 Slot sahaja.
Untuk mendapatkannya anda perlu :
Tuesday, 30 July 2013
Formula M.E.S.T.I
Pada post saya sebelum ini saya ada menceritakan mengenai Formula M.E.S.T.I.
Jadi untuk post kali ini saya ingin menyentuh mengenai huruf M.
Di dalam formula M.E.S.T.I ini, huruf M membawa maksud mentor.
Sejak kecil lagi kita telah diperkenalkan dengan Mentor, cuma kita panggil Cikgu, Ustaz atau Ustazah. Mereka telah memikul tanggungjawab yang sangat besar untuk mendidik anak bangsa agar menjadi seseorang yang berpengetahuan.
Ilmu yang telah kita timba untuk telah sedikit sebanyak membentuk diri kita.
Tanpa petunjuk ilmu daripada mereka, kita mungkin tersesat di dalam "puzzle maze" seperti di atas.
TETAPI
Ramai di antara kita mula lupa peranan seorang Mentor dalam membantu kita berjaya di dalam sesuatu bidang. Saya sendiri pada mulanya agak "angkuh" untuk terus menuntut ilmu. Bagi saya segulung ijazah daripada Universiti Awam di Jepun mampu membawa kejayaan saya di dalam kehidupan ini.Anggapan ini mula terkikis apabila saya mula bekerja. Agak sukar bagi seseorang yang muda untuk mengarahkan individu yang lebih berumur daripada dirinya. Setahun pertama bekerja ibarat tahun yang terseksa. Alhamdulillah..satu sifat yang dikurniakan Allah kepada saya membuatkan saya terus berjuang.
Sifat " Jangan Mudah Mengalah"
Sifat inilah yang telah mencetuskan persoalan kepada diri saya.
"Bagaimana aku hendak mengatasi individu yang sudah berpengalaman bekerja selama 20 tahun?"
Ketika ini saya mula mengakui segulung ijazah di alam pekerjaan adalah hanya lesen "P" untuk mula bekerja. Saya mula memerhatikan orang dan mula mengikut jejak langkah orang-orang yang hebat di tempat kerja saya. Pada awalnya, agak segan untuk bertanya tetapi saya gagahkan diri agar mula memecah tembok pengalaman.
Ternyata ia membawa hasil, orang-orang yang berpengalaman bukannya sombong untuk mengajar tetapi terlalu banyak ilmu di dada mereka sehinggakan mereka tidak tahu hendak bermula daripada mana. Mereka mula mencurahkan ilmu selepas saya mula bertanya.
Peribahasa "Segan Bertanya, Sesat Jalan".
Rupanya inilah maksud peribahasa di atas. Lama-kelamaan saya mula memanggil mereka sebagai Mentor saya. Apa-apa permasalahan saya terus merujuk kepada mereka. Mereka pula tidak segan silu untuk mencurah ilmu yang ada.
Adakalanya mereka segan silu apabila saya memanggil mereka Mentor. Bagi saya ilmu yang dicurahkan kepada saya melayakkan mereka menerima panggilan tersebut. Bayangkan pengalaman selama 20 tahun yang mereka tempuhi, dapat saya timba dalam masa 2 tahun.
Walaupun tidak semua pengalaman yang diterima, ia mampu melonjakkan pengalaman saya ke satu tahap yang baru. Satu tahap dimana jika saya ingin menempuhinya seorang diri, ia memerlukan masa 20 tahun atau lebih. Seorang Mentor akan mengajar apa yang perlu dibuat, apa yang perlu ditinggalkan kepada menteenya.
Mentor...Mentor...Mentor...
Pemahaman saya mengenai erti kata "Mentor" ini bertambah apabila saya mula menyertai Seminar oleh Dr Azizan Osman. Beliau mengatakan Mentor merupakan jalan short cut untuk kita berjaya. Memang tidak dapat saya nafikan, kerana selama ini jalan short cut yang saya ambil ialah Mentor.
Dan
Kita semua mempunyai seorang Mentor yang dikenali seluruh dunia. Seorang Mentor yang menunjukkan cara kehidupan yang diredhai Allah iaitu Junjungan kita Rasulullah saw.
Ingin saya bertanya kepada para pembaca,
"Siapakah Mentor anda?"
Apa yang mengerakkan hati saya agar mencari lebih ramai Mentor?
Sunday, 21 July 2013
Al-kisah lobak merah, telur dan biji kopi
Cerita ini saya terima daripada seorang rakan. Sangat bermakna dan adalah rugi bagi saya jika tidak dikongsi bersama.
Jom Baca
Jamil datang ke rumah ustaz Ibrahim menceritakan bagaimana hidupnya diuji dengan penuh kesusahan.
Jamil berkata beliau tidak mampu menghadapinya lagi dan ingin berputus asa. Jamil memberitahu ustaz Ibrahim beliau teramat letih untuk meneruskan perjuangan dan berlawan… setelah satu masalah selesai, satu masalah baru pula timbul.Ustaz Ibrahim hanya mendengar dan tidak berkata apa-apa. Beliau menyuruh Jamil mengikutnya ke dapur.
Jamil pun mengikut tanya bertanya. Ustaz Ibrahim mengisi air di dalam tiga periuk kecil dan mendidih ketiga-tiganya serentak.
Semasa air mendidih, Ustaz Ibrahim memasukkan lobak merah ke periuk pertama, telur ke periuk kedua dan biji kopi ke periuk ketiga.
Jamil bertanya, “Apa yang ustaz buat? Nak masak apa tu?”Ustaz Ibrahim tidak berkata apa-apa dan membiarkan air mendidih selama 20 minit. Setelah 20 minit, Ustaz Ibrahim mengeluarkan lobak merah, telur dan biji kopi ke dalam sebuah mangkuk.“Jamil, apa yang enta nampak?”“Lobak merah, telur dan kopi,” jawab Jamil.
Ustaz Ibrahim menyuruh Jamil untuk menyentuh lobak merah tersebut. Jamil terasa lembut. Kemudian Ustaz Ibrahim menyuruh Jamil untuk memecahkan telur tersebut. Selepas mengupas kulitnya, Jamil dapat satu telur masak penuh. Kemudian, Ustaz Jamil menyuruh Jamil mencuba air kopi di periuk ketiga. Jamil berasa rasanya penuh aroma kopi.
“Ustaz, apa maksud semua ini?” Jamil bertanya.“Setiap benda ini (lobak merah, telur dan biji kopi) telah melalui kesusahan yang sama, iaitu air mendidih. Tapi setiap satunya memberikan reaksi berlainan.
Lobak merah masuk dalam keadaan keras, kuat dan kasar. Akan tetapi setelah melalui ujian air mendidih ia keluar lembik dan lemah.
Telur masuk dalam keadaan rapuh dan mudah pecah. Dalam cecair yang hanya dilindungi satu kulit yang nipis… akan tetapi setelah melalui ujian air didih, ia bertukar menjadi keras.
Bagi bijih kopi pula… ini lebih menarik. Semasa mereka dalam air mendidih, mereka menukar seluruh air mendidih kepada air kopi yang wangi aroma seperti yang diminum Jamil tadi,” terang Ustaz Ibrahim sambil tersenyum.
Mata Jamil seolah-olah terpukau dengan penjelasan Ustaz Ibrahim.
“Jadi, Jamil adalah yang mana satu? Bila kesusahan melanda, bagaimana Jamil menghadapinya? Lobak merah, telur ataupun biji kopi?” tanya Ustaz Ibrahim kepada Jamil yang tersentak dengan persoalan itu.
Semasa ujian Allah datang mengetuk pintu anda, bagaimana anda harus menghadapinya?
Adakah anda seperti lobak merah yang nampak kuat, tapi dengan kesusahan, anda bertukar menjadi lembik dan hilang segala kekuatan anda?
Ataupun anda seperti telur dengan hati yang bagaikan cecair yang mudah dipengaruhi haba dan setelah melalui musibah, luaran anda nampak tidak berubah, akan tetapi hati anda menjadi keras dan tidak gembira dan tidak beransur.
Ataupun anda ialah biji kopi, makin didih, anda mengubah keadaan situasi anda sehingga keadaan itu mengeluarkan bau aroma yang menakjubkan.
Jadi siapakah anda?
Ingat, Allah tidak akan menguji seseorang melebihi kemampuannya. Apabila menghadapi kesusahan, ingatlah Allah sedang menguji anda, dan anda seharusnya bertindak seperti biji kopi, bertambah baik dan mengubah keadaan sekeliling anda kepada perkara positif.
Masa paling sukar adalah masa terbaik untuk meningkatkan diri ke tahap yang lain.
Thursday, 18 July 2013
"C" Student vs "B" Student vs "A" Student
Semua orang kenal dengan Warren Buffet, seorang BILLIONAIRE dalam beberapa bidang terutamanya hartanah. Buat masa ini, Warren Buffet masih kekal bergelar "The Greatest Investor".
Beliau adalah seorang ENTREPRENEUR dan seorang CAPITALIST. Tetapi beliau bukan seorang Managerial Capitalist.
Mengapa?
Sebab Managerial Capitalist mempunyai tanggungjawab ke atas tugas/kerja yang diamanahkan dan tidak mempunyai sebarang risiko dalam kewangan peribadi. Mereka mempunyai pendapatan yang 'secure' kewangan peribadi mereka.
Managerial Capitalist juga bukan seorang usahawan kerana mereka tidak memilik bisnes dan tidak memulakan sesuatu bisnes.
Warren Buffet menyifatkan Managerial Capitalist ini serta Pengurus Kewangan Korporat sebagai "A" Student yang lahir dari sekolah atau institusi pendidikan yang hebat.
Selain itu, sebahagian besar pelajar lain yang keluar dari sekolah dikira sebagai "B" Student. Mereka ini adalah pelajar yang diajar oleh "A" Student yang merupakan pelajar yang menyambung pengajian dan menjawat jawatan Guru/Pensyarah.
Robert Kiyosaki berpendapat yang "B" Student ini akan mungkin memilih menjadi Birokrat.
Siapakah golongan Birokrat ini?
Robert berpendapat yang dunia sekarang ditadbir oleh golongan Birokrat ini yang dahulu adalah "B" Student. Mereka ini akan menjawat jawatan yang tinggi dan mempunyai kuasa seperti CEO, President, Sales Manager or Government Officer dan mereka ini tidak mempunyai sebarang risiko besar dalam kewangan peribadi.
Golongan Birokrat ini berpotensi hilang wang mereka dengan banyak, tetapi mereka tidak hilang pendapatan mereka kerana pendapatan mereka tetap akan dibayar sama ada mereka membuat kerja atau tidak. Ahli politik juga dikategori sebagai "B" Student.
Ada sesetengah "B" Student/Birokrat ini merupakan "A" Student yang dahulu bekerja dalam bidang pendidikan/akademik kemudian dilantik mengemudi organisasi/syarikat besar sebagai President/CEO. Tetapi bagaimana tahap prestasi organisasi/syarikat besar setelah diterajui oleh "B" Student yang dahulu juga sebagai "A" Student?
Robert membuat kesimpulan seorang CAPITALIST dan ENTREPRENUER yang sebenar tahu macam mana nak tukar $1 menjadi $100, tetapi golongan Birokrat ("B" Student) ini bila diberi $1 mereka akan menghabiskan/membelanjakan $100 dan lebih.
Sebab itu, sesetengah organisasi/syarikat besar yang diterajui oleh "B" Student ini mempunyai masalah kewangan yang kritikal dan ada sebahagiannya gulung tikar.
Berjuta manusia hari ini percaya dan bergantung kepada "B" Student untuk memimpin mereka sama ada sebuah negara (pemimpin politik) atau sebuah organisasi/syarikat besar (CEO/President) dimana mereka ini diajar oleh Guru/Pensyarah yang "A" Student. Golongan Birokrat ("B" Student) ini lebih mementing kewangan peribadi mereka berbanding dengan kewangan manusia lain.
Atas alasan itu, Robert mencadangkan supaya semua kita ini menjadi "C" Student iaitu CAPITALIST, seperti Warren Buffet.
Sama ada kita melabur atau memulakan bisnes, kita dapat kawal wang dan persaraan kita daripada bergantung kepada orang lain yang mempunyai kepentingan peribadi.
Jadi kita semua kena belajar bagaimana untuk wang bekerja untuk kita, bukan yang lain.
Monday, 15 July 2013
Ramai yang nak melabur TETAPI tiada persediaan.
Pelaburan merupakan satu cara mengandakan duit. Ramai yang sudah memulakan langkah melabur tetapi lupa akan pertahanan kewangan.
Setiap pelaburan ada risikonya. Ada yang rendah, ada yang sederhana, ada yang tinggi. Lagi tinggi risikonya, lagi banyaklah duit yang masuk.
Pelaburan ibaratkan bermain bola sepak. Team yang bagus mempunyai pertahanan dan serangan yang seimbang.
Walaupun serangan yang bagus, dengan pertahanan yang lemah, pasti team itu akan kalah.
Mentor saya Abang Abu Mekanik$ menasihatkan kita mesti mempunyai sekurang-kurangnya tabungan yang berjumlah 3 bulan perbelanjaan.
Anda sudah?
JIKA BELUM, masih ada peluang untuk anda mulakan.
Setakat yang saya tahu, ada satu pelaburan yang tidak akan rugi.
Ia merupakan pelaburan Ilmu.
Teruskan usaha anda menambah ilmu pengetahuan anda.






