Monday, 1 July 2013

Pernahkah anda pergi ke Seminar dan Speaker beri modal untuk berniaga?

Rasanya mesti belum....


Tapi saya sudah!

Pelik?


Ada satu seminar yang telah saya pergi dan diberi modal untuk berniaga.

Memang cukup mencabar pada mulanya, tetapi sekarang tak sabar-sabar nak tunggu peluang berniaga.


Bagaimana saya boleh terjebak?


Semuanya bermula apabila saya menyertai Sesi CASHFLOW bersama Mekanik$. Ia merupakan satu sesi yang membuka minda saya bagaimana hendak membuat duit dengan pelbagai cara. Akan tetapi hati kecil saya berkata, macam mana nak mula niaga tanpa modal?

Bila Abang Abu cakap, "Engkau jangan risau, satu-satu seminar di Asia yang bagi peserta modal ialah Seminar Abang Abu". Terbeliak mata kejap mendengar kata-kata tu. "Kaya betul Abang "Bangla" sorang ni, boleh bagi aku modal berniaga." hatiku mula berteka-teki.

"Hah...nak dapat modal tu, kena la sertai Advance Wang Power" kata Abang Abu. Diriku mula mencongak segala simpanan yang aku ada. Akan ku cari segala ikhtiar yang ada. Masa tu kepala dah ligat semacam.

Kalau bayar awal, bayar RM2500 jer. Kalau lambat daftar, aku kena bayar RM10,000 tu. Masa tu ada sebulan lagi dari tarikh seminar tu. Cuma Abang Abu pesan, sekiranya kita betul-betul mahukan sesuatu. Kita mesti betul-betul rasakan yang kita sudah mencapainya.

Selepas habis sesi tu, sempat aku bergambar mengambil aura Abang Abu. Gambar tu ada kat atas. Sungguh hensem kami berdua...Hehehe...Jangan lagi nak puji diri, kalau bukan diri sendiri. Lepas bergambar tu, terus aku balik ke rumah sambil memikirkan apa yang perlu aku buat.

Jadi mulalah aku berangan-angan dah masuk kelas Abang Abu. Tiap-tiap hari tengok post Abang Abu dengan harapan aku masuk kelas dia. Senang kata celik jer mata, tengok Fb Abang Abu. Sebelum pejam jer, tengok lagi Fb Abang Abu. Sampaikan isteriku, berkata pergilah daftar kursus tu. In sha Allah ada peluangnya. Fuh...Positif betul isteriku...mentang-mentang dah join IMKK.

Nak tahu apa itu IMKK? Tunggu yer...Sebenarnya IMKK le, punca aku terjebak dengan segala ni. Kisah ni kita cerita di lain post.

Semakin hari semakin suspens, sebab duit yang dicari masih belum mencukupi. Pergi, tak pergi...Makin dekat, makin risau jadinya. Tetapi Fb Abang Abu tetap aku tengok tiap-tiap hari. Kali ini isteriku bersuara lagi, "Asyik-asyik tengok Fb tu, asyik-asyik tengok Fb tu. Meh daftarkan sayang sekali."

Alamak seronok pula isteri tercinta nak ikut, tapi duit nya belum cukup. Sekali lagi aku buka www.abangabu.com, tak disangka-sangka pergi berdua dapat diskaun pula. Untung...untung...tetapi kira-kira balik, masih tak cukup.

Kembali ke petak satu...macam main snake & ladder, kena tempat kepala ular. Cuma kali ini, kami berdua sama-sama mencari jalan.

Kita stop disini dulu yer...Nak bagi suspens macam mana kami dapat pergi pula.




Friday, 28 June 2013

Hidup Luar Biasa @ Biasa-biasa?

Apakah impian anda?

Adakah anda mahu hidup biasa atau hidup luar biasa?

Esok merupakan hari terakhir Seminar Hidup Luar Biasa di Wisma PGRM, Cheras.


Bersama Dr Azizan Osman dan Afdlin Shauki,

Ia merupakan seminar untuk anda mula merubah hidup anda.

Daftar di www.hidupluarbiasa.com


Kalau BERANI, daftarlah...

Thursday, 20 June 2013

Kurangkan Perbelanjaan atau Tingkatkan Pendapatan?

Nak dapatkan duit lebih?


Hanya ada 2 cara sahaja.

Yang Pertama,

    Kurangkan perbelanjaan anda.

Yang Kedua,

   Tingkatkan pendapatan anda.


Apa cara yang anda pilih?



Thursday, 13 June 2013

Impian..Ohhh...Impian

Apakah beza Impian dan Angan-angan?

Ramai yang suka berangan-angan. Tidak Salah.

Tetapi mulakan langkah anda untuk menukarkan angan-angan kepada impian.

Dapatkan e-book percuma saya dan anda akan mendapat e-mail follow up tips mencapai cita-cita yang juga diberikan percuma.

Harga kedua-dua bahan ini bernilai RM171, cepat dapatkannya sekarang.

Tawaran ini mungkin akan tamat pada bila-bila masa sahaja.

Ingin ketahui kesihatan kewangan anda?

Temui saya di Karnival Kesihatan, di perkarangan Masjid Negeri Shah Alam.

Anda berpeluang untuk memeriksa kesihatan kewangan anda.

Bila tu?

Hari ni 14 Jun dan 15 Jun.

Jumpa di sana yer...

Tuesday, 11 June 2013

Dapatkan E-Book Percuma! 5S Kewangan anda.

Apakah itu 5S?

5S merupakan metedologi yang dibawa oleh Hiroyuki Hidano dalam usahanya untuk memperkasakan sistem pengeluaran. Ramai pakar-pakar di Barat mendapati metodologi ini memberi satu pengalaman yang baru bagi mereka.

Pakar-pakar ini mengetahui "House Keeping" yang cekap membantu mereka untuk mempertingkatkan lagi produktiviti pengeluaran. Mereka sedar ia merupakan salah satu amalan yang perlu diikuti.

Hirano muncul dengan memberikan mereka sebuah struktur sistem yang mudah diikuti agar segala aktiviti dapat membantu mereka untuk lebih fokus dalam sesebuah proses penambahbaikan.

Mari kita dalami apakah itu 5S?


1. S - Sisih

Langkah SISIH merupakan satu proses bagi kita mengasingkan sesuatu benda atau perkara itu mengikut keutamaan. 

Mengikut mentor saya, Yoshio Suzuki. Terdapat 3 kategori yang boleh kita simpulkan bagi membantu proses SISIH ini.

a. Perlu
b. Kurang  Perlu
c. Pembaziran



2. S - Susun

Setelah mengenal pasti apa yang kita perlukan. Langkah SUSUN mengajar kita agar membahagikan ia kepada 3 bahagian.

Bahagian-bahagian ini akan mempengaruhi kedudukan sesuatu benda atau perkara itu.

a. Selalu
b. Kadang-kadang
c. Jarang-jarang



3. S - Sapu & Periksa


Bagi langkah Sapu & Periksa ini, kita akan membersihkan segala kotoran yang ada sambil melihat keadaan jika terdapat abnormaliti di sesuatu kawasan itu.

Ketika proses ini, pastikan anda melihat dengan teliti di setiap ceruk yang ada. Dapatkan kepastian pihak ketiga sekiranya anda ragu-ragu dengan apa yang anda lihat.


4. S - Seragam


SERAGAM pula merupakan langkah untuk menyelaraskan segala aktiviti yang dibuat di atas agar ia dilakukan dengan cara yang sama walaupun dilakukan oleh individu yang berlainan.

Ini penting bagi mengurangkan variasi atau perbezaan yang mampu mengugat sesuatu proses.


5. S - Sentiasa Amal


Segala aktiviti yang dilakukan di atas adalah SIA-SIA sekiranya kita tidak konsisten dalam melakukan sesuatu.

Langkah Sentiasa Amal ini bertujuan untuk menjadi sesuatu perkara yang dirancang itu sebagai habit agar ia lebih berkesan dan kekal lama.


Saya berharap penerangan ringkas 5S ini dapat membuka minda pembaca dalam melakukan sebarang peningkatan.

Ilmu 5S ini merupakan asas kepada mana-mana aktiviti penambahbaikan.

Jangan terperanjat sekiranya ia digunakan di rumah anda.