Tuesday, 11 June 2013

Apakah itu 5S?

5S merupakan metedologi yang dibawa oleh Hiroyuki Hidano dalam usahanya untuk memperkasakan sistem pengeluaran. Ramai pakar-pakar di Barat mendapati metodologi ini memberi satu pengalaman yang baru bagi mereka.

Pakar-pakar ini mengetahui "House Keeping" yang cekap membantu mereka untuk mempertingkatkan lagi produktiviti pengeluaran. Mereka sedar ia merupakan salah satu amalan yang perlu diikuti.

Hirano muncul dengan memberikan mereka sebuah struktur sistem yang mudah diikuti agar segala aktiviti dapat membantu mereka untuk lebih fokus dalam sesebuah proses penambahbaikan.

Mari kita dalami apakah itu 5S?


1. S - Sisih

Langkah SISIH merupakan satu proses bagi kita mengasingkan sesuatu benda atau perkara itu mengikut keutamaan. 

Mengikut mentor saya, Yoshio Suzuki. Terdapat 3 kategori yang boleh kita simpulkan bagi membantu proses SISIH ini.

a. Perlu
b. Kurang  Perlu
c. Pembaziran



2. S - Susun

Setelah mengenal pasti apa yang kita perlukan. Langkah SUSUN mengajar kita agar membahagikan ia kepada 3 bahagian.

Bahagian-bahagian ini akan mempengaruhi kedudukan sesuatu benda atau perkara itu.

a. Selalu
b. Kadang-kadang
c. Jarang-jarang



3. S - Sapu & Periksa


Bagi langkah Sapu & Periksa ini, kita akan membersihkan segala kotoran yang ada sambil melihat keadaan jika terdapat abnormaliti di sesuatu kawasan itu.

Ketika proses ini, pastikan anda melihat dengan teliti di setiap ceruk yang ada. Dapatkan kepastian pihak ketiga sekiranya anda ragu-ragu dengan apa yang anda lihat.


4. S - Seragam


SERAGAM pula merupakan langkah untuk menyelaraskan segala aktiviti yang dibuat di atas agar ia dilakukan dengan cara yang sama walaupun dilakukan oleh individu yang berlainan.

Ini penting bagi mengurangkan variasi atau perbezaan yang mampu mengugat sesuatu proses.


5. S - Sentiasa Amal


Segala aktiviti yang dilakukan di atas adalah SIA-SIA sekiranya kita tidak konsisten dalam melakukan sesuatu.

Langkah Sentiasa Amal ini bertujuan untuk menjadi sesuatu perkara yang dirancang itu sebagai habit agar ia lebih berkesan dan kekal lama.


Saya berharap penerangan ringkas 5S ini dapat membuka minda pembaca dalam melakukan sebarang peningkatan.

Ilmu 5S ini merupakan asas kepada mana-mana aktiviti penambahbaikan.

Jangan terperanjat sekiranya ia digunakan di rumah anda.



No comments:

Post a Comment