Monday, 31 March 2014

Anda yang mana satu?

Habit mengenai wang akan menentukan hala tuju wang anda.

Terdapat 2 jenis orang dalam menguruskan wang.

Pertama, orang yang belanja dulu baru menyimpan wangnya.

Kedua, orang yang simpan dulu baru membelanjakan wangnya.

Anda yang mana satu?

Jika anda orang dari golongan pertama, anda masih berpeluang untuk menukar aliran wang anda. 

Menyimpan wang selepas berbelanja akan menyebabkan simpanan anda tidak consistent setiap bulan malah mungkin anda tidak akan menyimpan langsung.

Menyimpan dulu baru belanja pula akan memastikan anda sentiasa mempunyai wang sebagai pertahanan anda.

Jadi tukarkan aliran wang anda kepada simpan dulu baru keluar.


Garaj Wang Musim 4 kembali

Apa khabar semua?

Saya ingin berkongsi dengan anda bahawa Garaj Wang Musim 4 kembali mulai 4 April ini.

Ramai yang telah menyertainya dan ramai yang mendapat manfaat daripadanya.

Ia merupakan cara mudah untuk mempelajari dan mempertingkatkan ilmu kewangan.

Apa tunggu lagi, Daftar segera di http://bit.ly/gwapr2014

P/S: Tempat TERHAD


Monday, 24 February 2014

Garaj Wang Musim 3 ke penghujung

Maaf kerana lama tidak menulis.

Produktif menjadi speaker Garaj Wang 3.3.3 anjuran bersama Mekanik$ dan Mekanik$ Cashflow Coach.

Pelbagai feedback yang saya terima ketika sesi Cashflow 101.

Ramai yang mempelajari ilmu kewangan dalam cara yang amat mudah.

Anda sudah?

Sunday, 20 October 2013

Apa itu Cashflow 101?

Berapa ramai daripada anda yang tahu pasal Cashflow 101?

Kalau dah tahu, Tahniah ye.

Kalau belum, teruskan membaca. Saya nak berkongsi sedikit apa yang saya tahu.



Cashflow 101 merupakan satu tool pendidikan di dalam bentuk game board. Game board ini direka oleh pakar kewangan dunia, Robert Kiyosaki (Penulis buku Best Seller, Rich Dad, Poor Dad).

Ia bertujuan untuk mendedahkan pemain berkenaan konsep pelaburan di mana duit akan bekerja untuk mereka, bukan mereka bekerja untuk duit. Ia juga menyediakan satu suasana yang hampir dengan dunia pelaburan yang sebenarnya tanpa menghadapi sebarang risiko.

Ketika bermain Cashflow 101, pemain secara tidak langsung meningkatkan pemahaman ilmu kewangan dan menekan semangat bertanggungjawab di atas segala keputusan yang mereka lakukan.

Kini bersama Rakan Strategik Rich Dad Asia, Abang Abu Mekanik$, Cashflow 101 Edisi Bahasa Malaysia telah dengan rasminya dilancarkan di Malaysia. Dan kini, beliau bersama Mekanik$ Cashflow Coach menjelajah Malaysia bagi memperkenalkan lebih lanjut mengenai Cashflow 101.


Ingin tahu mengenai program tersebut?

Sila ikuti link ini

http://bit.ly/16USYU4


Thursday, 17 October 2013

Alhamdulillah

Alhamdulillah. Saya kini lebih teratur dalam pengurusan wang. Lebih berasa yakin.

Sebelum ini...saya merupakan seorang yang boros, takut dengan wang. Selama ini saya "disogok" bahawa wang merupakan punca kejahatan.

Tetapi setelah saya menyertai Garaj Wang 3.3.3, saya berjaya mengawal nafsu berbelanja. Kini saya hanya berbelanja apabila saya memerlukan bukan kerana saya hendak.

Garaj Wang 3.3.3 merupakan satu program yang unik kerana ia berbeza dengan program-program kewangan yang lain. Ia masih bermain dengan nombor tetapi lebih menyeronok. Walaupun setakat 3 jam sahaja, ia melambangkan kehidupan saya dalam pengurusan wang.

Program ini sukar untuk diluahkan di atas kertas kerana ia merupakan satu program yang memberikan anda pengalaman.

Ingin tahu lebih lanjut?

Sila ke http://bit.ly/16USYU4



Saturday, 5 October 2013

Dr Azizan Osman Menipu?

Isu ini agak hangat sejak akhir-akhir ini.

Saya juga merupakan salah seorang pelajar Program Platinum Dr Azizan Osman. Memang Dr Azizan mengajar kita menipu, menipu daripada terus membuat kesalahan kerana tiada ilmu, menipu dengan mengambil jalan pintas mempelajari pengalaman untuk berjaya.

Terkejut betul apabila membaca tajuk di atas.

Semua yang kita pelajari hanya menjadi sia-sia jika kita tidak membuat tindakan. Jadi janganlah percaya apa yang dihadap mata anda, percayalah sesuatu apabila anda sudah mengalaminya.

Jadi gerakkan diri anda untuk menghadiri seminar Dr Azizan Osman agar anda sendiri dapat mengesahkan tajuk berita di atas.



Friday, 4 October 2013

Anak kebuluran air selama 4 jam.



Assalamualaikum,

Nama saya Mohammad Afzal Alrabah Ayoub. Berumur 32 tahun.
Kepakaran saya ialah membantu tuan puan yang menghidap sakit lelah untuk kekal sihat bertenaga melalui amalan sarang burung yang diperhebatkan dengan rasa buah sejati. Sungguh sejati rasa buahnya sehingga anda terasa bagaikan meminum buah segar yang baru dipetik dari ladang.

Alhamdulillah. Pada hari ini, saya mempunyai 5 buah syarikat, dimana saya merupakan Pengarah, Penasihat Operasi, CEO dan Trainer di syarikat saya ini. Khidmat nasihat kesihatan yang ditawarkan oleh Causar Marketing telah membantu lebih daripada 100 orang penghidap sakit lelah untuk terus menjalani kehidupan mereka tanpa perlu risau mengenai serangan lelah mereka.

Kini saya juga bergiat aktif bersama salah seorang Mentor saya iaitu Abang Abu, Mekanik$, Pakar Kewangan Peribadi No. 1 Asia dalam memberikan kesedaran kepada masyarakat Malaysia mengenai kepentingan ilmu kewangan dalam kehidupan peribadi dan juga perniagaan. Program Garaj Wang ini juga merupakan sumbangan syarikat kami kepada masyarakat di mana syarikat saya bertindak sebagai penaja teknikal pada musim pertama yang telah berlangsung Ogos lepas dan musim kedua yang akan berlangsung pada November ini.

Tapi…Sebelum ini, saya merupakan seorang yang amat pendiam, takut untuk bercakap di hadapan dan seorang yang cukup selesa dengan apa yang saya ada. Saya merupakan seorang Executive yang berjaya di tempat saya bekerja, tetapi sempit dalam tahap kewangan. Belum cukup 60 saat saya menerima gaji saya, hanya tinggal RM8.54 sahaja selepas melangsaikan segala perbelanjaan yang saya gunakan. Bila isteri bercerita mengenai duit, saya mula bermasam muka kerana tidak tahu di mana lagi saya boleh mencari duit.

Bila mula berniaga, duit yang masuk pun ibarat acuh tak acuh kerana kekurangan ilmu berniaga. Modal yang dikeluarkan begitu banyak, tetapi semuanya berakhir dengan kegunaan sendiri. Saya masih ingat lagi, pada satu ketika saya berniaga. Hanya tinggal RM1.50 di dalam dompet saya, dan ketika itulah anak yang sulung saya dahagakan sebotol Air Mineral. Saya tidak mampu menunaikan permintaan anak saya itu kerana duit itulah yang tinggal untuk saya membayar kos tempat letak kereta dan dia terpaksa menahan dahaga sehingga 4 jam sebelum dapat meneguk segelas air kosong.

Saya dan isteri juga pernah ditipu sebanyak RM640 kerana menyangka ada pesanan yang dibuat melalui kedai online kami. Hati kami remuk kerana hasil usaha kami itu senang-senang sahaja diambil orang. Semua ini kerana tiada ilmu dan tiada Mentor untuk menunjukkan jalan perniagaan.

Sehinggalah, saya di “ugut” oleh isteri saya untuk menyertai Seminar Jutawan Industri pada bulan Oktober 2012. Walaupun pernah mendaftar untuk ke seminar Dr Azizan sebelum ini, saya selalu berdalih untuk pergi kerana selesa untuk berehat pada hari Sabtu dan Ahad. Saya kuatkan juga perasaan saya untuk ke Seminar Jutawan Industri kerana cemburu melihat perubahan mendadak pada isteri saya yang telah menyertai Advance Marketing Power (AMP) dan Intensif Mentor Kekayaan & Kejayaan (IMKK). Saya pernah juga memarahinya kerana ingin menyertai Program Platinum yang berharga belas ribu tetapi selepas dibayar oleh isteri saya untuk menyertai Intensif Jutawan Industri (IJI). Barulah saya tahu kenapa beliau mahu menyertai Program Platinum tersebut. Saya bagaikan tersipu-sipu menelefon beliau untuk meminta izin untuk mendaftarkan bersama untuk menyertai Program Platinum.

Ego saya bagaikan di tumbuk-tumbuk ketika menelefon beliau. “Dulu kutuk-kutuk, sekarang meminta pula”, hati saya berkata-kata. Azam untuk memperbaiki kehidupan saya sekeluarga inilah yang telah membantu saya untuk bertanya. Alhamduillah, beliau bersetuju sambil saya terasa senyuman sinis beliau berkata “Kan saying dah bagi tahu dulu”.

Saya memulakan Program Platinum saya dengan Train The Trainer (TTT), program ini telah mengubah saya daripada seorang yang takut menaiki pentas kepada seorang yang gilakan pentas. Satu perkara yang saya amat-amat takuti sejak sekolah dahulu. Ini merupakan satu pengalaman yang amat berharga bagi saya kerana belum pernah program-program, kursus-kursus atau latihan-latihan yang mengubah personaliti saya sehingga menjadi begini.  Walaupun masih belum bergelar trainer sepenuh masa, saya telah diberikan kepercayaan untuk mengendalikan salah satu slot program Mentor saya pada bulan September lepas.

Kehidupan saya sekeluarga mula berubah selepas IMKK dan Rahsia Kuasa Minda Jutawan (RKMJ). Kedua-dua program ini mengupas diri saya agar mula mempunyai satu pemikiran yang positif. Program inilah yang membuatkan saya merasai kehangatan jantung saya yang berdegup sehinggakan saya menitiskan air mata kegembiraan dan kesyukuran di atas nikmat yang Allah telah berikan.

Di Retire Young Retire Young Retire Rich (RYRR), saya mempelajari satu rahsia dimana Jutawan-jutawan di seluruh dunia ini menyimpan hanya untuk diri mereka sahaja. Saya amat terkejut dan bersyukur kerana Dr Azizan Osman sanggup membocorkan rahsia ini. Saya mula mempelajari  bahawa bekerja keras bukan lagi satu mentaliti yang boleh diguna pakai.

Berdasarkan pengalaman-pengalaman yang berharga ini, saya ingin memesan kepada rakan-rakan di luar sana untuk memberi peluang kepada diri sendiri untuk hadir ke mana-mana Seminar Percuma yang dibiayai oleh salah sebuah syarikat Dr Azizan Osman iaitu Richworks. Saya jamin , rakan-rakan tidak akan rugi apa-apa dengan menghadiri Seminar ini malahan mungkin ia menjadi satu titik tolak perubahan hidup rakan-rakan dalam menuju impian rakan-rakan sekalian.

Sekian, Terima kasih.

“Untuk dunia berubah, kita M.E.S.T.I mula berubah” – Dr Azizan Osman

Mohammad Afzal Alrabah Ayoub
019-2627917
FB: Afzal Alrabah / Causar Energy
mafzalalrabah@blogspot.com